Lebih Mudah Digaya
Ingatkan anda dengan permintaan penata rambut di salon untuk tidak mencuci rambut sekurang-kurangnya sehari sebelum rambut dimain oleh mereka? Kerana rambut yang baru dicuci lebih ‘ licin ‘ dan sukar untuk digayakan walaupun sudah diletakkan hairspray. Rambut yang belum dicuci sehari atau dua hari lebih mudah ditata rias.
Lebih Sihat
Jika anda mencuci rambut setiap hari, mungkin minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala hilang. Padahal minyak alami itu berfungsi menjaga kelembapan kulit kepala dan membuat rambut tetap lembut. Maka mencuci rambut dua hari sekali lebih disyorkan.
Warna Lebih Tahan Lama
Anda memakai pewarna rambut ? Jangan terlalu sering mencuci rambut! Bahkan bila rambut anda tidak diwarna, jangan cuci setiap hari agar warnanya tetap berkilau. Beberapa bahan di syampu dapat melunturkan warna rambut secara perlahan. Pilihlah syampu khas untuk rambut berwarna.
Tidak Membuang Masa
Mencuci rambut dan mengeringkannya perlukan waktu. Dengan cuci rambut dua hari sekali, anda boleh menjimatkan masa untuk melakukan hal – hal lain .